13 May 2018

Nutripot hydroponic kedai rm2

Dah lama rasa nak tulis pasal cara buat nutripot hidroponik..modal tak besar sangat cuma bekas beli kat kedai rm2 ja..lain pakai bekas minum air selalu kat pasar malam tu bekas plasti clear besar. Dan sumbu dia saya pakai mop lantai..tu pun beli kedai rm2 tadi dah bayak kali guna mop lantai..kira used item gak ni..

Bekas ni beli kat kedai rm2.12 sen tu sekali gst..lepasni dah pakatan pegang gst dah mansuh mungkin harga dia kembali ke rm2..(jangan harga pulak naik dah la hahaha). Maknanya modal keseluruhan buat ni cuma rm2 ja lah..ngan alatan kena la ada jugak kalau tidak susah nak buat kerja.




Sebenarnya tak pandai sangat susun gambar ni..biasalah buat blog bila masa lapang ja..ni step mula-mula. Tebuk penutup atas tu dengan penebuk gerudi agak-agak muat nak masuk kepala penebuk lubang nanti.supaya penebuk lubang tu dia tak bergerak, tetap ja kat tengah-tengah. Kalau tidak dah jadi senget lubang nak tebuk lepasni.



Ni alat penebuk lubang tu..dia ada banyak saiz. untuk buat ni saya gunakan bekas air minuman kat pasar malam tu tapi yang saiz besar, kira air dalam rm2 la. Tapi jangan la kira beli air tu pun masuk dalam modal nak buat netpot ni. Alat ni saya beli kat shoope harga dalam rm26 kot. Yang ni ada 13 saiz elok gak beli. Kot tetiba ada benda nak tebuk senang sikit nak pakai. 



Ni nak cerita jugak ka barang apa. Tak payah kot noh alat tu sambung ja kat depan dia. Yang ni jenis pakai letrik. Kalau ada jenis battery lagi senang boleh buat kerja kat kedai makan sambil pekena kopi'o.


Ha ni proses dia. Tebuk betul-betul penanda tengah dia tadi. Pastu biar ja dia pusing sampai benda tu berlubang.

Ni bila dah tebuk tapi tak kemas la. Kalau pentingkan kekemasan boleh la buat step seterusnya. Kalau tidak macamni  pun ok dah. Janji pokok hidup ye tak. Hahahha..




Ni kalau nak kemas la. Baru la kemas sikit pokok pun boleh tumbuh dengan gembiranya. Sebenarnya tak susah pun kalau nak kemaskan dia camni. Cuma potong sikit-sikit ja taknak nampak serabut tu.

Seterusnya benda ni..benda ni susah jugak nak dapat. Kena pergi pasar malam pastu order air besar baru dapat plastik ni. Kalau biasa punya kecik ja. Ni besar sikit, jenuh jugak la nak habiskan air dia.


Saya pakai alat ni. Yang ni lama dah beli masa nak buat mesin x-ray dulu. Sekarang ni dah tak pakai jadi bila nak pakai benda dah ada. Kalau tidak susah nak pinjam-pinjam rumah orang. Yang ni saya beli kat kedai DIY dalam rm5 kot. Tapi ni jenis baik punya kalau setakat nak petri dinding rumah bocor pun boleh.
 Ni hasilnya lepas di tebuk ikut suka hari ja. Sebenarnya kita tak boleh nak tentukan akar tu nak turun kemana. Kesian dia jadi kita tebuk ja banyak-banyak dia tak la susah hati mana nak sedut air. Tu teori saya ja untuk anda mungkin boleh fikir cara lain.


Kemudian guna kain mop lantai. Ni pun yang dah pakai setakat potong 3-4 helai bini tak perasan pun. Saya ikat dia bersilang-silang agar air yang mengalir kena kat tanah yang pegang akar tu. Makna air tu naik la ke atas. Kalau takdak benda ni kain flanel pun boleh cuma kain flanel ni dia mudah reput. Habis kuat pun dalam 1 bulan pastu dia akan hancur.

Akhirnya masukkan clay apa tah nama dia. Ni pun beli nak buat sendiri tak pandai. Ada jugak orang pakai cocopeat atau sabut kelapa. Kalau pakai tanah pun mungkin boleh tapi kalau pakai tanah baik tanam ja kat tanah terus. Sebab tanah dia akan jadi padat nanti air tu tak mengalir gak pun ke atas. Tu pun teori saya jangan ikut sangat kekadang teori ikut hawa nafsu ja. Hahahha

Akhir sekali dah jadi dan dah besar pun pokok cili. Ni yang tanam cili dan ada jugak saya tanam kacang bendi. Terung bulat ngan terung pipit. Tanam rambutan pun ada. Tapi sampai besar 2 kaki ja tu pun sebenarnya cuma dari anak benih nak semai buar dia besar sikit pastu terus tanam atas tanah. Tanah pun ada sekangkang kera. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la komen dibawah. Tapi saya tak balas pun.hahahha baca ja leh ye..


10 May 2018

Pakatan Harapan Menang

Akhirnya buat pertama kali "Pembangkang" menang..Moga pentadbiran lebih telus lepas ni..😐


7 May 2018

Pokok Anggur hidroponik 3 minggu..

Anggur ni dapat dari member kat fb pertanian..alhamdulillah ada org nak bagi cuma bayar duit poslaju ja..akhrnya lepas terima terus semai kat bekas hidroponik..
Bekas tu pun diajarkan dalam grouo tu camana buat..nanti kalau ada masa saya tunjukkan cara macamana buat bekas tu..beli bekas tu kat kedai rm2.12 tu..

ni gambar mula-mula dapat dari member whatsapp tu..dia mintak modal pos ja..
terima kasih ya..semoga rezeki dari pokok ni dapat ke tuan sehingga besar..


nak semai taktau nak letak kat mana..sementara takdak apa nak letak kat bekas netpot hidroponik kedai rm2 ni cucuk je lah keratan anggur ni. terkejut jugak yang keluar mula-mula sekali putik buah. Daun tak keluar lagi buah dulu keluar. Mungkin masa dia nak kerat tu pokok tengah nak berbuah kot.


Ni diusia 3 minggu dah membesar pokok ni. Ada gak belajar kat youtube diorang kata kena buang dahan-dahan lain biarkan 1 dahan ja merayap. Tapi tunggu dulu kot dalam seminggu 2 lagi. Kalau elok besar buang kot dahan yang lain.

5 May 2018

Hidroponik Terung pipit

Ada buat hidroponik terung pipit..nanti tunjukkan cara buat dia..
Sekarang ni dah membesar dah..harap lepasni dapat makan sayuran sendiri..
Bertuah dapat orang umah rajin masak...

7 Jul 2015

Penipu Online Mudah

Memandangkan internet ni semua org leh search jadi nak la share sorang scammer ni..




Nama dia Wan Habib Azri Najiy
IC. 940611-13-5853
Acc bank Maybank - 111270018315





Selalu active menipu jual phone dia mudah..
Tapi dia memang berani..sebab berani bagi gambar ic..
harap sesapa yg nak beli barang tu search2 la dalam internet dulu detail..
kalau sama mcm budak ni..makna penipu la tu..
berhati2...

29 Dec 2013

WeChat Game

Game WeChat..Apa yg bestnya..mudah sangat..
Minggu ni WeChat ada keluarkan 3 game..

Satunya nama Pencil Pilot

tak best sangat pun..setakat tembak..(kalau nak markah tinggi tembak kapal yang besar tu)
memang tapi bestnya dapat lawan ngan memember..tapi aku sentiasa no 1..boring...

ke-2 game 2Day's Match

 yang ni pun senang gak..cuma sambngkan gambar yang sama..pastu tengok la..sapa cepat dia dapat markah paling tinggi..

ke3 gameCraz3 Match

yang ni pulak caranya sambungkan bagi jadi 3/4/5 benda yang sama sebaris..
mencabar gak la..untuk kecekapan minda..

kesimpulan semuanya boleh tahan..3 bintang..

sapa nak try update la WeChat yang terbaru..baru ada fungsi game ni...

-sekian-